Wednesday, December 2, 2015

PENDAFTARAN UNTUK KELAS MELUKIS KARTUN DAN KOMIK KINI SUDAH DIBUKA!!!


Kelas untuk sesi 2016 akan bermula pada Disember 2015.

Untuk mendaftar anak anda, anda hanya perlu menentukan sesi terbaik untuk anak anda menghadiri kelas kami. Kelas kami terbahagi kepada beberapa sesi iaitu:

Sesi pagi: (9-11 pagi) 
Sesi petang: (2-4 ptg)
Sesi petang: (5-7 ptg)

Untuk setiap hari Isnin-Khamis, kelas kami akan buka ketiga-tiga sesi, manakala pada hari Jumaat, kelas bercuti. Untuk Hari Sabtu dan Ahad, hanya sesi petang yang dibuka iaitu (2-4 ptg) dan (5-7 ptg).


Pihak tuan/puan bebas memilih hari dan sesi yang sesuai buat anak-anak tuan/puan. Namun, kehadiran anak-anak hanyalah pada satu sesi dalam hari yang sama pada setiap minggu, Contohnya, jika anak tuan puan didaftarkan untuk sesi pagi Selasa, anak tuan/puan perlu hadir hanya pada sesi pagi setiap hari Selasa. Harap maklum. 

Kelas kami di jalan kan dalam suasana yang selesa dengan fasiliti berpenghawa dingin. Alat tulis boleh dibawa sendiri atau jika tidak bawa, kami tetap menyediakannya. Jangan risau! Sesi pertama pembelajaran pula adalah bermula dengan teknik asas melukis lukisan kartun Chibi seperti watak-watak lukisan saya di atas! Comel bukan? Anak anda pasti suka melukisnya!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelas kami, sila klik di SINI

Hubungi kami di SINI

No comments:

Post a Comment